Wednesday 17 April 2013

FELLICIOUS BRAIN CHARGER DRINK (^_^),,

FELLICIOUS BRAIN CHARGER DRINK....

Product baru dari Fellina Beauty Care yang dah terbukti berkesan uoolls..

LIHATLAH KHASIATNYA...
JGN BUANG MASA LAGI

0123044828/01111060509
DELIMA,BUAH AJAIB DARI SYURGA.MENGAPA?
Antara khasiat di dalam delima yg terdapat di dalam Fellicious Brain Charger Drinks..

Penyelidikan Moden :

Dalam dekad terakhir ini, ratusan penulisan ilmiah telah diterbitkan mengenai delima. Banyak kesan ajaib delima telah terbukti dalam kajian eksperimen. Jika anda tidak makan dan minum buah delima secara teratur, berikut merupakan 11 sebab mengapa anda perlu melakukannya.

1. ANTIOKSIDAN

Kajian terbaru menyatakan bahawa buah delima kaya akan antosianida yang berfungsi sebagai antioksidan dan anti-inflamasi. Jus buah delima banyak diperkatakan mempunyai antioksidan lebih tinggi berbanding makanan super lain seperti anggur merah, teh hijau dan blueberi. Antioksidan dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel-sel. Kerosakan sel ini berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit termasuk kanser, penyakit jantung dan Alzheimer.

2. MELINDUNGI JANTUNG

Sebuah kajian mendapati bahawa jus delima dapat memerangi pengerasan arteri dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok. Buah delima dapat mencegah penimbunan plak pada arteri dan dapat menghakis timbunan plak. Kajian lain mendapati bahawa penghidap penyakit jantung koroner yang minum pati buah delima setiap hari selama 3 bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sekitar 17 peratus.

3. MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT

Menurut kajian yang dijalankan ke atas tikus, didapati bahawa antioksidan di dalam buah delima dapat mengurangkan pengoksidaan LDL atau kolesterol jahat pada tikus tersebut serta meningkatkan kadar kolesterol baik.

4. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Sebuah kajian menunjukkan bahawa minum 1.7 auns jus delima setiap hari dapat menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 5 peratus.

5. MENCEGAH DAN MENGUBATI KANSER

Buah delima mempunyai khasiat mencegah dan mengubati pelbagai penyakit kanser. Dalam sebuah kajian mendapati bahawa pati buah delima dapat memusnahkan sel-sel kanser payudara. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang telah ditapai kaya akan polifenol serta dapat merangsang pemulihan sel-sel leukemia supaya kembali normal.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa pati buah delima dapat menghalang perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah kajian terhadap 50 orang lelaki yang telah menjalani rawatan kanser prostat, pengambilan 205 gram jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (kadar perkembangan kanser prostat) dan mengurangkan kebergantungan terhadap rawatan lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon. Tiada seorang pun daripada responden kajian yang menunjukkan tentang kewujudan perkembangan kanser sepanjang tempoh kajian.

6. MELINDUNGI OTAK BAYI

Sebuah kajian juga mendapati bahawa minum jus buah delima sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir selepas kelahiran traumatik.

7. MENCEGAH OSTEOARTHRITIS

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pati buah delima dapat mencegah kerosakan tulang rawan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ekstrak delima dapat menurunkan kadar bahan kimia yang dikenali sebagai interleukin-1b (IL-1b) dan enzim yang menghakis tulang rawan dan mewujudkan inflamasi. Para penyelidik mengatakan bahawa ekstrak buah delima mungkin dapat menghalang degradasi tulang rawan pada osteoarthritis.

8. MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER

Buah delima dipercayai dapat mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Namun, hasil kajian mendapati bahawa plak amiloid terkumpul dengan lebih sedikit dan tikus-tikus tersebut mempunyai mental yang lebih baik berbanding sebelumnya.

9. MENCEGAH KEROSAKAN GIGI

Kajian menunjukkan bahawa minum jus delima mungkin merupakan cara alami untuk mencegah plak pada gigi.

10. KONTRASEPSI ALAMI

Kajian makmal menunjukkan bahawa arnab betina yang dijadikan bahan eksperimen mengalami ketidaksuburan selepas diberikan buah delima namun, selepas 4 bulan tidak makan buah delima, kesuburan arnab betina tersebut kembali seperti sediakala.

11. SUMBER NUTRISI

Sebiji buah delima mempunyai sekitar 40 peratus keperluan vitamin C harian seperti yang disarankan untuk orang dewasa bersama dengan asid folik, serat, kalium, niasin serta vitamin A dan E.

Ayuh mulakan hari anda dengan Fellicious Brain Charger Drinks!!




No comments:

Post a Comment